Razak Latif FotoPage
razak latif
By: razak latif

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 24-Aug-2008 15:45 Email | Share | | Bookmark
Aku & MLM & Caldina

 

WARNA DAN JENIS KERETA YANG SAMA DITUNJUKKAN KEPADA AKU

"pernah merasa naik toyota caldina?, nak cuba tak?" ayat ditanya kepda aku oleh seorang usahawan MLM sebuah syarikat ##-# masa aku nak balik selepas aku diayat oleh usahawan tersebut bersama rakan2nya dan rakan aku sendiri.. (hampeh).

Ok2, aku cerita dari mula...mulanya camni, kwn lama aku dari KL dtg melaka, pastu dia ajak aku lepak. ok, aku pun pegi la..dah sampai tempat yg dijanjikan, aku nampak dalam 2-3 org nampak macam lain macam jek.aku pun dah rasa lain macam gak.xpa lah, lepak jelah, lagipun aku nak jmpa kwn aku jap jek.

Duk sembang2 pastu kenal2, pastu borak2 kosong, pastu sampai satu part, aku sudah kena dengar ceramah macam mana nak jadi kaya dalam masa singkat (hahahahahaaa)...mula2 aku rasa tertarik gak dgn apa yang diorang crita.bagus sebab lain dari MLM yang penah aku dgr.

Pastu sampai satu part yang membuatkan aku bengang sgt, diorang ni sudah mengecil2 kan keja photographer aku nih.. "kalau jadi photographer leh ke dapat pakai keta camni?, kalau jadi photographer leh ke anak2 kita jadi kaya?" wahhhh...bila masuk jek bab tu, aku dah panas. lahanat betul..aku repect korang kaya walaupun aku xkaya sebab korang orang melayu. tapi JANGAN SEKALI HINA KERJA ORANG LAIN!!! aku bangga banyak usahawan MLM melayu yang kaya. bagus la, melayu yang maju. tapi belajar hormat org lain.

Cuba bayangkan kalau semua org jadi kaya dengan kerja MLM ni. Sapa nak jadi Polis? sapa nak jadi Bomba? sapa nak jadi Askar? (kerja yang korang anggap sampai mampus tak kaya tu???) kalau rumah korang terbakar, pakai la air rawatan MLM korang tu padam rumah korang. kalau korang kena rompak, report la kat geng MLM korang suruh tangkap penjenayah. kalau sampah rumah korang bertimbun, suruh la geng MLM korang angkut. BELAJAR HARGAI ORANG LAIN BOLEH??? tuhan tu maha adil, mesti ada sebab dia kasi org kaya dan kasi org miskin. WALAUPUN GAJI AKU KERJA SEBAGAI PHOTOGRAPHER UTUSAN TAK DAK LA SAMPAI 10-100 RIBU, TAPI AKU BERSYUKUR!!!

Part yang akhir lak sebelum aku nak balik, leh lak diorang ni kata "meh la try bawa toyota caldina, bukan selalu ada peluang nak bawa, kerja jadi photographer mana leh pakai caldina" ... diorang paksa aku naik untuk merasa kekayaan diorang gak. aku ni bukan budak2 bodoh, nak suka-suka hati suruh naik keta orang kaya. korang ingat aku heran ke, korang pakai keta apa? aku lagi bangga dengan diri aku..walaupun aku belajar setakat sijil IKBN jek, dan SPM aku pun nyawa2 ikan tu, aku leh jadi manusia, aku tak minta duit ngan org. aku leh beli keta pakai duit aku sendiri, aku leh tolong mak bapak aku kat kampung, aku leh bantu adik2 aku sekolah. tu semua hasil duit aku amik gambar jek. AKU BERSYUKUR!! kerja sebagai photographer ni, macam2 benda aku dapat.. AKU BANGGA JADI PHOTOGRAPHER!!!

meh baca kat sini, best gak - http://sayaladynoe.blogspot.com/2008/06/macam-ni-la-melayu.html


Wednesday, 20-Aug-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Jendela Impian Mempelai

 


Jika anda mahu melangsungkan perkahwinan dan ingin mencari butik pengantin yang menyediakan perkhidmatan sesuai dengan kehendak anda? silalah mengunjungi laman web Jendela Impian Mempelai. Anda akan menemui apa yang di cari bagi persiapan majlis indah anda.

http://www.jendelaimpian.com/


Friday, 1-Aug-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark
Sunset Selat Melaka










Wednesday, 30-Jul-2008 07:35 Email | Share | | Bookmark
Kahwin?

 



Nak kawin?

My wedding PhotoFolio - http://ijabqabul.wordpress.com




Monday, 21-Jul-2008 18:57 Email | Share | | Bookmark
Kerjaan



malas nak naik atas, antar gambar kat padang jelah...masa ni tgh rehat 1st half game Melaka vs Kelantan.


Update - http://razaklatif.wordpress.com


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net